Terima Kasih Pengunjung

ds1
ds1

Thursday, 27 June 2013

Biar Ku Menjadi Lilin

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM 1 MALAYSIA

SALAM SEJAHTERA

Apa khabar para pendidik sekalian?  Sihat? Letih? Penat?

Tidak mengapa. Tuhan tahu pengorbanan kita kepada anak bangsa.. 

Entri kali ini akan memaparkan video bertemakan motivasi buat para pendidik seluruh Malaysia..

BIAR KU MENJADI LILIN (Pelangi)

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri



Teratai Melati Melur dan Mawar,
Bunga-bungaan harum dna wangi,
Guru laksana pelita pelajar,
Penyuluh kegelapan penerang hati.


SELAMAT BERKHIDMAT MENABUR BAKTI

Sunday, 23 June 2013

Berkelah di tepi sungai...

Salam sejahtera

Salam 1 Malaysia

Salam Hujung Minggu

Minggu lepas hampir semua guru dan staff tidak keluar sekolah,
maka suatu aktiviti dirancang iaitu berkelah di  tepi sungai Hulu Mukah..

Staff dan Guru terlibat

Gelagat guru-guru

Guru dan staff lelaki memotong daging

Pansuh!!!

Ini namanya ikan semah a.k.a ikan kelah..

Murid-murid pun nak mandi juga...

Faktor keselamatan diutamakan

Berkelah weyh...

Thursday, 20 June 2013

Sesi Latihan Tarian

Entri kali ini memaparkan gambar sesi latihan tarian untuk 

Majlis Ngiling Bidai SK SG Arau Tahun 2013




Inilah Sekolah Kami...

Entri kali ini akan memaparkan kemudahan infrastruktur sekolah...

Selamat melayari blog kami..

Kuarters guru

Pemandangan dari padang sekolah


Blok Pentadbiran, Kelas Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

Blok Kelas Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Kelas Pemulihan Khas dan Bilik BOSS

Gelanggang Badminton dan Bola Tampar

Asrama Murid

Blok Prasekolah

Bilik Generator

Padang Sekolah






Tuesday, 18 June 2013

Apa itu Pedalaman 3 (P3)


Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia

Kali ini entri akan memaparkan salah satu bahagian perjalanan keluar para guru SK Sg Arau dari sekolah...

Biarlah video berbicara mengenai makna Pedalaman 3..






Tuesday, 11 June 2013

Dimanakah kami?

Peta Lokasi SK Sungai Arau
Dimanakah kami?

Sekolah Kebangsaan Sungai Arau terletak di bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Selangau, Sibu. 

Ingin tahu berapa kilometer? Maaf yer, kami belum sukat lagi..

Terletak kira-kira 3 hingga 5 jam perjalanan menggunakan perahu panjang bertolak dari Jeti Pekan Selangau. Kadar masa ini bergantung kepada bilangan penumpang dan paras air sungai.

Uniknya sekolah kami, terletak diantara  3 bukit iaitu Bukit Jatan, Bukit Bunau dan Bukit Pujut Lanji... Tidak hairanlah jika talian telefon tidak terdapat di kawasan ini..

Nak tahu lebih lanjut mengenai sekolah kami? Ikuti entri berikutnya nanti.. 

Salam Pedalaman 3...



ILMU PENYULUH JIWA

SALAM SEJAHTERA
SALAM 1 MALAYSIA
SALAM PEDALAMAN 3



ANDA SEDANG MELAYARI LAMAN BLOGSPOT
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ARAU, SELANGAU, SIBU, SARAWAK